150,000 Warga Indonesia Di Malaysia Akan Pulang Sambut Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kira-kira 150,000 warga Indonesia yang berada di Malaysia dijangka pulang ke kampung halaman mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono.

Beliau berkata semua warga Indonesia berkenaan kebanyakannya akan menggunakan pengangkutan darat dan air melalui pelabuhan sedia ada di negara ini dan sehubungan itu mereka dinasihatkan pulang melalui prosedur serta laluan yang betul bagi menjamin keselamatan mereka.

"Seramai 171 warga Indonesia telah ditahan setakat ini kerana mahu pulang ke Indonesia melalui jalan tidak sah dengan 59 orang daripadanya ditahan dalam sebuah kapal tangkapan ikan di perairan Shah Alam (Selangor) minggu lepas.

"Empat warga Indonesia juga telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke kampung mereka kerana perahu yang dinaiki karam baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) di Pelabuhan Sungai Melaka, Banda Hilir di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan.

Hermono berkata pada Ramadan tahun lepas seramai 34 warga Indonesia dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke negara mereka menggunakan laluan tidak sah.

Beliau berkata jumlah kematian warga republik itu diharap tidak meningkat pada Ramadan tahun ini kerana kerajaan Indonesia dan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan keselamatan mereka untuk pulang.

"Kita berharap mereka menggunakan laluan yang sah kerana ia bukan sahaja menjamin keselamatan tetapi juga lebih jimat. Sindiket yang menawarkan penghantaran pulang biasanya mengenakan bayaran yang lebih tinggi," katanya.

Menurutnya, kira-kira 1.2 juta warga Indonesia berada di negara ini secara sah.

Sementara itu, Abu Bakar Sidek berkata warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah di Melaka dinasihatkan pulang melalui program pengampunan 3+1 yang dilaksanakan kerajaan bagi membolehkan warga asing pulang ke negara mereka.

"Imigresen Melaka juga pada masa sama telah mengesan pergerakan kumpulan yang disyaki warga asing untuk keluar dari negara ini melalui laluan air di sekitar kawasan Limbongan," katanya.

Beliau berkata seramai 3,755 warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah telah selamat pulang ke negara mereka di bawah program tersebut melalui laluan udara antara Januari hingga Jun tahun ini.

Katanya seramai 5,004 warga Indonesia direkodkan masuk melalui Terminal Feri di CIQ Melaka antara Januari hingga 7 Julai tahun ini berbanding 6,848 dalam tempoh sama tahun lepas.

Seramai 5,394 orang pula direkodkan keluar melalui terminal sama dalam tempoh sama tahun ini berbanding 6,862 orang pada tahun lepas, katanya.

Warga Indonesia, Hart Ashraf, 26, dari Padang berkata dia lebih memilih untuk menaiki feri di CIQ di sini untuk pulang bercuti Hari Raya selama dua minggu setiap tahun.

"Saya berasa selamat dan terjamin menaiki feri untuk pulang ke kampung dan layanan yang diterima sepanjang berulang-alik antara Melaka dan Indonesia amat baik," kata pekerja sebuah kilang di Tanjung Malim, Perak.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Aidilfitri

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan