ETS KL-Padang Besar Berhenti Di 15 Stesen

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 8:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula Sabtu akan berhenti di 15 hentian.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam,Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.

Kenyataan itu berkata harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80.

Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dan tiba pada pukul 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4 petang dan tiba pada 9.15 malam.

Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen. -

Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri,Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor.

Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21. Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).

Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi. |

Para penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862.

Tags / Kata Kunci: ETS , KL-Padang Besar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan