Komuniti ESSZOne Diminta Tidak Pakai Uniform Celoreng Elak Salah Sangka

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 12:06 PM

Hashim Justin.

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Orang ramai, khususnya komuniti Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne) dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian yang menyerupai uniform pasukan keselamatan atau celoreng kerana ia boleh mengundang salah sangka identiti.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Pengarah Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ACP Hashim Justin berkata pemakaian pakaian seumpama itu adalah salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata bahagian perisikan ESSCOM menerima banyak maklumat berhubung dakwaan penduduk tempatan yang dikatakan melihat 'orang berpakaian celoreng" di kawasan ladang termasuk di daerah Kinabatangan baru-baru ini.

"Setelah diperiksa, rupa-rupanya orang yang memakai celoreng itu adalah pekerja ladang atau pemburu. Namun dakwaanini menimbulkan kegemparan dan ketakutan di kalangan penduduk tempatan kerana penjenayah rentas sempadan dan kumpulan pengganas Sulu memakai pakaian yang serupa.

"Jadi, saya minta orang ramai supaya tidak memakai celoreng demi kebaikan dan keselamatan kita semua," katanya ketika menyampaikan taklimat keselamatan pada majlis Iftar dan penyampaian bantuan Baitul Maal Dewan Undangan Negeri Sukau oleh ADUN kawasan itu Datuk Saddi Abd Rahman di Masjid daerah Kinabatangan, dekat sini, malam Jumaat.

Hashim turut memperjelaskan ancaman yang dihadapi oleh ESSCom di ESSZOne, terutama pencerobohan bersenjata dan jenayah rentas sempadan atau penculikan.

"Orang yang bertanggungjawab melakukan jenayah penculikan ini adalah warga asing dari selatan Filipina yang dibantu oleh tali barut atau pendatang tanpa izin (PATI) yang sudah berada di Sabah.

"Dalam hal ini, ESSCom tidak boleh menangani masalah ini secara bersendirian. Semua pihak perlu bersatu dan bekerjasama, termasuk melaporkan kehadiran PATI di kawasan masing-masing," katanya.

Hashim berkata bukan mudah mengawal ESSZOne yang mempunyai kawasan pantai yang panjang.

ESSZOne meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Tags / Kata Kunci: ESSZOne , Esscom , uniform celoreng

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan