Kerajaan Perlu Dahulukan Projek Mampu Milik Untuk Warga Kota

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendahulukan pembinaan kondominium mampu milik bagi membantu warga kota berpendapatan sederhana memiliki rumah.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata kerajaan perlu membangunkan projek-projek kondominium mampu milik dalam lingkungan harga RM250,000 sehingga RM400,000 seunit, untuk kemudahan golongan itu.

"Kalau boleh biarlah tanah-tanah kerajaan yang masih ada di sekitar Kuala Lumpur, dahulukan projek kondominium mampu milik dan bukannya kondominium mewah.

"Mereka tidak berkemampuan sekiranya harga untuk memiliki sebuah rumah melebihi harga RM600,000," katanya kepada Bernama pada Majlis Sumbangan Ramadan peringkat Parlimen Titiwangsa, di sini, Sabtu.

Sebanyak 1,500 penerima sumbangan yang terdiri daripada warga emas, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan golongan asnaf menerima sumbangan khas daripada UMNO Bahagian Titiwangsa itu.

Johari yang juga Pengerusi UDA Holdings Bhd, berkata biarpun perkara itu telah dibawa ke Parlimen oleh beliau, namun alasan diberi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah masalah tanah yang berkurangan.

"Sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk beli tanah swasta, walau mahal pun kita kena beli dan bangunkan projek perumahan mampu milik.

"Ini kerana kita nak seimbangkan antara kemajuan bandar dan kemudahan kehidupan di dalam bandar," katanya.

Beliau berkata strategi pembangunan di ibu negara juga perlu diinovasikan agar setiap ruang tanah yang terhad dapat dimanfaatkan secara maksimum.

Johari turut melahirkan harapan agar setiap warga kota mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

Tags / Kata Kunci: Rumah mampu milik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan