Upacara Peringati Tragedi MH17 Esok

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis memperingati tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang menghimpunkan waris-waris mangsa di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Sabtu.

Majlis itu diadakan sempena ulang tahun pertama tragedi pesawat yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 17 Julai tahun lepas, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid berkata, majlis itu akan diadakan secara bersederhana namun penuh penghormatan untuk mangsa tragedi itu.

"Ia akan menjadi majlis yang penuh kesederhanaan dan penghormatan, ia juga akan mengambilkira sensitiviti waris dan sempena Ramadan.

"Kita tak mahu kalau buat macam-macam akan timbul sensitiviti kepada keluarga yang hadir kerana apa yang penting adalah kita memperingati peristiwa (MH17) itu," katanya.

Antara pengisian majlis yang bermula pada 10 pagi ialah tayangan slot video berkaitan rentetan peristiwa MH17 dan sesi bertafakur.

Ruhaiza berkata setakat Rabu lalu, seramai 180 orang waris telah mengesahkan kehadiran.

"Memandangkan kekangan keluasan tempat, kita hadkan empat orang bagi setiap satu keluarga," katanya, sambil menambah menteri-menteri kabinet juga antara yang akan hadir.

Kompleks Bunga Raya KLIA juga merupakan venue penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 itu yang dijalankan secara berperingkat tahun lepas.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MH17 , KLIA , Ruhaizah Mohamed Rashid

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan