Penjawat Awam Perlu Runding Kaedah Pembayaran PTPTN - Zabidi

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu berunding kaedah penyelesaian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut kemampuan masing-masing, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata, penjawat awam juga dikehendaki berjumpa dengan pihak PTPTN untuk menetapkan kadar minimum jumlah potongan gaji bulanan agar ia tidak membebankan kewangan mereka.

Katanya, pihak PTPTN akan melawat setiap agensi kerajaan dan kementerian dan berjumpa dengan penjawat awam berkenaan untuk tujuan pembayaran balik pinjaman pendidikan itu.

"Kita mahu semua agensi dan kementerian membuat pemotongan gaji bulanan mulai September ini. Kita memilih September kerana kita faham umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Jadi, masih ada masa untuk membuat rundingan dengan PTPTN berhubung pembayaran itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat arahan kepada para Ketua Setiausaha (KSU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.

Surat arahan itu mengandungi senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN agar mereka membayar balik melalui potongan gaji.

"Selain menyelesaikan pinjaman, penjawat awam juga membantu pihak PTPTN untuk memperoleh dana yang mencukupi bagi menampung kos yuran pengajian dan kos sara hidup di institusi pengajian tinggi awam dan swasta generasi akan datang," katanya.

Pada Isnin lalu, Mohamad Zabidi berkata kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan berkata penjawat awam boleh membuat perjanjian pembayaran balik yang baharu sekiranya mereka tidak bersetuju kepada cadangan pihak PTPTN mengenai pembayaran bulanan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PTPTN , Mohamad Zabidi Zainal , penjawat awam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan