MoU Penstrukturan Air Selangor Dimuktamadkan Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Krisis bekalan air bersih di Lembah Klang bakal berakhir selepas perjanjian tambahan mengenai penstrukturan semula industri dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara empat pihak pada Jumaat.

MoU itu ditandatangani antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak mempunyai 60 hari untuk menyelesaikan condition precedent (CPs) kepada perjanjian utama dan apabila kesemua syarat perjanjian dipenuhi, perjanjian utama akan dikuatkuasakan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Menangani Isu-Isu Air Selangor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Hijau (KeTTHA), Datuk Seri Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyaksikan pada majlis menandatangani perjanjian tambahan kepada perjanjian utama penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Loo Took Gee dengan Kerajaan Selangor diwakili Setiausahanya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (dua kanan).
Perkara itu membolehkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dimuktamadkan seperti dipersetujui dalam perjanjian utama.

Majlis menandatangani MoU perjanjian tambahan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Antara persetujuan utama yang dicapai menerusi MoU tersebut ialah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Nanas tidak dijadikan sebahagian daripada perkiraan bagi penyediaan RM1.68 bilion oleh PAAB bagi membantu Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass).

Selain itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor turut bersetuju supaya aset-aset air syarikat konsesi dipindahkan kepada PAAB secara kontraktual tanpa tanah sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti berjumlah RM7.694 bilion oleh PAAB.

Kedua-dua pihak turut bersetuju supaya suatu mekanisme 'ring-fencing' terhadap akaun kutipan Air Selangor diperkenalkan bagi memastikan Air Selangor membuat bayaran balik secara bulanan kepada PAAB berdasarkan kadar yang dipersetujui.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , PAAB , Air Selangor , Azmin Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan