Keputusan, Tindakan Kerajaan Berlandaskan Al-Quran - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 10:08 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak melihat kerja penulisan khat Al Quran Sulaiman Adam, 34, dari Thailand semasa hadir merasmikan tapak Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa semua dasar dan tindak tanduk kerajaan akan tetap berpandu serta berlandaskan kepada Al-Quran kerana ia menjamin kesejahteraan hidup.

Beliau berkata al-Quran merupakan pedoman kepada masyarakat untuk hidup berperaturan dan ia juga telah mengubah manusia hidup dalam era kegelapan serta kemunduran ke era kecemerlangan.

"Dengan berpaksikan kepada al-Quran manusia akan hidup dengan aman, tenteram dan terjamin keselamatan," katanya ketika berucap merasmikan tapak Kompleks Nasyrul Quran dan melancarkan Tabung Dana Wakaf Kertas di sini, Jumaat.

Beliau berkata pembinaan kompleks tersebut di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan amat jelas menunjukkan manifestasi kerajaan dalam memartabatkan dan meningkatkan syiar Islam.

"Amat tepat didirikan di Putrajaya yang merupakan pusat pemerintahan, maka di sisi pusat ini kelak akan wujud pusat percetakan al-Quran terbesar di dunia.

Ini komitmen kerajaan untuk memartabatkan Islam," katanya.

Najib berkata apabila kompleks itu beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan menjadi simbol kemegahan dan kebangaan masyarakat Islam di Malaysia.

Kompleks Nasyrul Quran yang dibangunkan dengan kos RM60 juta merupakan sebuah pusat percetakan al-Quran Mushaf bersepadu utama di Asia Tenggara dan berkeupayaan menjadi pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia.

Rancangan membina kompleks berkenaan diumumkan oleh Najib, selaku Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2015 di parlimen, Oktober tahun lepas.

Keseluruhan projek dua fasa itu dijangka siap dalam masa 18 bulan.

Kompleks berkenaan juga dijangka mencetak sebanyak sejuta naskah al-Quran setahun untuk memenuhi 70 peratus keperluan wakaf dalam negeri dan 30 peratus lagi bagi golongan minoriti Muslim di luar negara.

Sementara itu, Tabung Wakaf Kertas bertujuan mengumpul dana untuk membeli kertas cetak yang dianggarkan berjumlah RM5 juta setahun bagi menampung pengeluaran al-Quran wakaf.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebanyak RM25 juta kepada 116 sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan