Justo Dikawal Ketat Di Thailand - Polis Thailand

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Polis Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo untuk menghalang daripada sebarang cubaan memujuknya untuk tidak beri kerjasama kepada pihak berkuasa Thailand.

"Beliau suspek yang penting. Jadi saya telah mengarahkan mereka meningkatkan kawalan keselamatan terhadap tahanan," kata jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Left Jen Prawuth Thavornsiri yang menafikan khabar angin tentang laporan terdapat cubaan untuk meracuni Justo.

"Yang pasti tiada cubaan untuk meracuninya, tetapi mungkin ada cubaan untuk memujuk suspek untuk tidak berkata apa-apa," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setakat ini tiada cubaan untuk memujuk Justo untuk tidak beri kerjasama, tetapi pihak berkuasa Thailand tidak mahu mengambil risiko.

Prawuth berkata pihak berkuasa telah mengarahkan anggota keselamatan perlu hadir semasa Justo menerima pelawat.

Hanya orang tertentu dibenarkan melawatnya, katanya.

Prawuth juga berkata beliau tidak maklum mengenai sama ada terdapat sebarang permohonan rasmi daripada pihak polis Malaysia untuk menemu bual Justo (setakat 9 Julai).

Tags / Kata Kunci: Xavier Andre Justo

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan