Akaun Jho Low Di Bawah Pemerhatian Dalam Laporan WSJ

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 11:44 AM

Jho Low

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, berada di bawah pemerhatian dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad dana (1MDB) yang sedang dijalankan.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan pada Khamis bahawa polis Singapura dan Bank Negara sedang menyiasat mengenai wang AS$529 juta (RM2 bilion) yang dikatakan telah didepositkan di ke dalam akaun bank perniagaan di Singapura yang dikawal oleh Low antara 2011 dan 2013.

Jurnal harian perniagaan antarabangsa itu berkata ia menerima salinan maklumat mengenai deposit dan pemilikan akaun Low dalam surat bertarikh 13 Mac tahun ini daripada polis Singapura ke Bank Negara.

Memetik surat itu, ia berkata Malaysia telah meminta Singapura untuk membantu dalam penyiasatan ke atas 1MDB.

Surat itu juga menyatakan bahawa Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan polis memberikan butiran deposit dari akaun bank Switzerland bagi syarikat yang dipanggil Good Star Ltd.

Walau bagaimanapun, tidak ada petunjuk di dalam surat itu tentang di mana Good Star mendapat dana atau apa yang berlaku kepada wang itu.

Surat itu menyatakan bahawa akaun perniagaan itu telah ditutup pada Februari tahun lepas.

"Jika hasil jenayah telah dipindahkan ke Singapura, kami ingin menentukan sama ada satu kesalahan telah dilakukan di Singapura," Ketua Pejabat Laporan Transaksi Mencurigaka  Chua Jia dipetik sebagai berkata dalam surat itu kepada Bank Negara.

Akaun Singapura Low yang didakwa adalah di sebuah bank Switzerland, dipanggil BSI SA.

"Kerajaan Malaysia, yang memiliki sepenuhnya 1MDB, berkata awal tahun ini bahawa dana berjumlah AS$1.1 bilion (RM4 bilion) itu berada dalam akaun BSI di Singapura.

Ia tidak jelas sama ada terdapat hubungan antara kedua-dua akaun, lapor WSJ.

Low sebelum ini menafikan sebarang salah laku, dengan berkata beliau tidak pernah mempunyai kedudukan yang formal di 1MDB, menggambarkan peranannya sebagai penasihat 'sekali-sekala'.

1MDB telah menjadi perhatian selepas WSJ menerbitkan satu artikel mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disalurkan dengan wang berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank peribadinya.

Perdana Menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, sejak itu mengulangi bahawa beliau tidak mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi.
Tags / Kata Kunci: WSJ , Jho Low , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan