Tunggu Hasil Siasatan Pihak Berkuasa Isu 1MDB - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 1:41 AM

Khairy menyampaikan bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin (kanan) di Majlis Sukan Negara pada Rabu. Sarawak bakal menjadi tuan rumah Sukma pada edisi akan datang. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan pihak berkuasa berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berkenaan 1MDB sebelum membuat rumusan awal.

"Lebih baik kita melihat hasil siasatan tersebut dan saya percaya hasil siasatan tersebut akan dirujuk dan dibentang kepada kabinet," katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan surau baharu Majlis Sukan Negara (MSN) yang diberi nama Al-Faizin bernilai RM2.3 juta sebelum menghadiri majlis berbuka puasa anjuran MSN, di sini pada Rabu.

Artikel Wall Street Journal pada Jumaat lepas menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1MDB yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan, telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags / Kata Kunci: Kahiry Jamaluddin , 1MDB

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan