PAC Bakal Soal Peguam Negara Berkaitan 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 9:32 AM

Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menjangkakan tempoh dua hari untuk menyoal Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di atas penemuan awal berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Laporan audit sementara akan dibentangkan kepada PAC pada Khamis dan Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang berada di luar negara, dijangka tiba lewat Rabu malam bagi menghadiri mesyuarat itu.

Seorang pegawai PAC memberitahu, taklimat akan sampaikan semasa mesyuarat dan selepas itu ahli jawatankuasa diberi kebebasan untuk bertanyakan soalan.

Katanya, semua ahli jawatankuasa dijangka hadir.

"Sesi itu akan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 4 petang.

"Jika masa tidak mencukupi untuk soalan, PAC akan menyambung mesyuarat pada hari Jumaat," kata pegawai itu.

Khamis lepas, Nur Jazlan berkata jawatankuasa bipartisan juga akan meminta Peguam Negara berkaitan skop audit, sama ada ia terhad dan sama ada saksi telah memberi bekerjasama.

Semua maklumat yang diberikan oleh peguam negara akan digunakan apabila menyoal ketua eksekutif dan lembaga pengarah 1MDB awal bulan depan, katanya.

Nur Jazlan juga berkata terpulang kepada peguam negara sama ada hasil laporan sementara itu akan didedahkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan orang ramai.

Laporan lebih menyeluruh dijangka lewat tahun ini.

Tags / Kata Kunci: PAC , Peguam Negara , IMDB

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan