PAC Akan Minta Kementerian Kewangan Arah 1MDB Serah Dokumen

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan meminta Kementerian Kewangan untuk mengarahkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkerjasama dengan Ketua Audit Negara (AG) sekiranya syarikat itu masih enggan berkerjasama dari segi dokumentasi.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dokumen-dokumen tersebut penting bagi membolehkan siasatan terhadap itu dilengkapkan sebelum akhir tahun ini.

"1MDB adalah syarikat kerajaan. Kita beritahu mereka supaya beri kerjasama dengan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan.

"Tapi jika mereka tidak serahkan kita perlu minta Kementerian Kewangan beritahu mereka supaya serahkan dokumen yang diminta," katanya pada sidang media pembentangan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara di bangunan Parlimen, di sini, Khamis.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas mengenai 1MDB yang masih belum menyerahkan dokumen lengkap yang diperlukan walaupun telah diminta oleh Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan, seterusnya melengkapkan laporan mereka pada hujung tahun ini.

Dokumen yang belum diserahkan termasuklah penyata bank dan perjanjian-perjanjian lain.

Ditanya jika laporan interim yang dibentangkan menunjukkan tanda-tanpa yang meragukan dalam syarikat tersebut, Nur Jazlan berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

"Sekarang bukan masanya untuk membuat kesimpulan. Biar mereka lakukan kerja-kerja mereka dahulu.

"Sehingga siasatan selesai dan laporan penuh diterima, kita akan buat kesimpulan," katanya.

Mengenai laporan interim tersebut yang tidak didedahkan kepada awam, Nur Jazlan berkata ia bukan hak milik PAC.

Bagaimanapun katanya, PAC boleh mencadangkan kepada Ketua Audit Negara untuk mendedahkannya kepada awam untuk dipertimbangkan.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB , MOF

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan