Malaysia Perbaiki Kedudukan Dalam Senarai Pemerdagangan Manusia AS - Sumber

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memperbaiki kedudukan Malaysia yang menduduki paras terendah dalam senarai negara hab penyeludupan manusia, menurut beberapa sumber Jabatan Negara, Khamis.

Tindakan itu dilihat bakal melancarkan perjanjian perdagangan bebas yang diterajui AS bersama negara Asia Tenggara itu dan 11 negara lain.

Malaysia dinaik taraf ke dalam Senarai Pemerhatian Baris 2 sekali gus melenyapkan halangan utama kepada perjanjian global yang diusahakan oleh Presiden AS, Barack Obama.

Peningkatan itu susulan penelitian antarabangsa berhubung usaha Malaysia memerangi aktiviti penyeludupan manusia selepas penemuan beberapa kubur besar di kem-kem penyeludupan manusia di utara Malaysia, dekat sempadan Thailand.

Tahun lalu, Jabatan Negara AS menurunkan kedudukan Malaysia ke paras terendah Baris 3, sebaris dengan Korea Utara, Syria dan Zimbabwe dengan alasan negara berkenaan kurang bersungguh menangani masalah tersebut.

Namun, sumber Kongres yang mengetahui keputusan itu memaklumkan kepada agensi berita Reuters bahawa Washington telah meluluskan status baharu tersebut.

Ia turut disahkan oleh sumber kedua yang arif berhubung perkara itu.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat dan kumpulan hak asasi manusia di AS menjangkakan Malaysia kekal pada tahap terendah senarai sama tahun ini.

Jabatan Negara AS dijangka mengeluarkan laporan penuh senarai berkenaan pada minggu hadapan.
Tags / Kata Kunci: pemerdagangan manusia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan