Cadbury Bawa Keceriaan Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal, Cadbury Malaysia dan Tourism Selangor tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Berkolaborasi menerusi Program Sentuhan Kasih Lebaran 2015, seramai 50 kanak-kanak kurang bernasib baik diberi peluang untuk turut serta membeli belah keperluan raya dan diraikan dalam majlis berbuka puasa.


Kanak-kanak berumur antara tiga dan 12 tahun dari Rumah Kebajikan Baitul Hidayah dan Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan diberikan baucar tunai Tesco bernilai RM250 setiap seorang untuk berbelanja membeli pakaian dan aksesori baharu bagi menyambut Aidilfitri.

Setiap kanak-kanak diiringi oleh seorang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Cadbury Malaysia dan Tourism Selangor bagi membantu mengukur, membawa dan membeli pakaian hari raya dan aksesori pilihan mereka.

Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, Raja Zalina Raja Safran berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.


"Berkhidmat kepada komuniti melalui program sukarelawan adalah salah satu elemen penting dalam budaya syarikat di dalam membantu mencapai matlamat kami untuk mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang hebat.

"Kami benar-benar bangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan kakitangan dengan menyertai inisiatif murni ini. Ia memberikan satu kepuasan apabila kami berpeluang menyumbang bagi menambahkan keceriaan perayaan kepada kanak-kanak ini," katanya.

Selain itu menurut Raja Zalina, Mondelez Malaysia sebagai pemilik dan peneraju antara jenama kegemaran dunia seperti Oreo, Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob's, Chipsmore, Choclairs dan Twisties akan terus meningkatkan dan menghulurkan bantuan bagi kesejahteraan masyarakat tempatan melalui tenaga kerja dan projek perkongsian komuniti.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan