Diskaun 20 Peratus Pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menawarkan diskaun tol 20 peratus untuk semua kelas kenderaan bermula tengah malam 17 Julai hingga pukul 11.59 malam 18 Julai.

Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata, diskaun itu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Sama seperti tahun lepas, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memberi balik kepada masyarakat dan menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan terutama kepada para pengguna yang menggunakan jambatan ini sejak dibuka pada Mac 2014," katanya dalam kenyataan Selasa.

Beliau berkata secara purata 12,500 kenderaan menggunakan jambatan berkenaan setiap hari dan bilangannya bertambah pada hujung minggu, cuti sekolah atau semasa musim perayaan.

"JKSB juga menjangkakan pertambahan sekurang-kurangnya 20 peratus trafik harian selepas lebuh raya bertingkat Bayan Lepas Expressway disiapkan oleh JKR pada suku pertama 2016, menyediakan laluan terus ke Bayan Baru berhampiran Queensbay Mall dan menuju terus ke George Town," tambah beliau.

Sementara itu, berhubung JSAHMS Merdeka Hunt 2015, Ismail berkata JKSB menjelaskan pendaftaran untuk menyertai acara itu masih dibuka kepada semua peminat aktiviti mencari harta karun seluruh Malaysia.

Beliau berkata, acara bermotor itu dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015.

"Acara ini membolehkan orang ramai menyertainya dan selain menikmati laluan perjalanan yang menarik, para peserta boleh meneroka pembangunan yang dibawa oleh pembinaan jambatan ini dan mereka juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan