Polis Serbu Pejabat 1MDB

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 1:20 PM

Van polis dapat dilihat di hadapan bangunan pejabat 1MDB.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menyerbu pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur.

Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu dan masih berterusan.

Tinjauan The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC.

Wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat tetapi telah diberitahu oleh penyambut tetamu bahawa polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat lapan.

"Malah pekerja penghantaran juga tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak mahu diganggu," kata penyambut tetamu.

Seorang pegawai keselamatan juga berkata rakaman 'footages' tidak dibenarkan dibuat di premis Menara IMC.

Di bahagian luar kelihatan tiga kereta peronda polis dan sebuah van.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.

Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Pasukan petugas telah merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ.

Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita pagi Rabu bahawa pihak polis sedang menyiasat bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank yang dimuat naik di laman webnya semalam.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , WSJ , Menara IMC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan