Peningkatan Kes Denggi, Majlis Bandaraya Dipersalahkan

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 8:23 AM

Adam Malik Habi Muhammad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebimbangan semakin dirasai di Pantai Dalam, salah sebuah  'kawasan panas 'denggi di mana penduduknya telah melakukan apa sahaja, tetapi masih tidak proaktif dalam memastikan persekitaran mereka bebas nyamuk.

Adam Malik Habi Muhammad, 46, menyalahkan majlis bandaraya kerana malas dalam menjalankan tugasnya.

Adam, yang tinggal di rumah pangsa kos rendah, Projek Perumahan Rakyat Ria sejak lapan tahun lalu berkata sampah di setiap tingkat tidak dikutip selama beberapa minggu.

"Bulan ini sahaja, tujuh orang di rumah pangsa kami telah dijangkiti denggi. Saya mempunyai dua orang anak dan saya tidak mahu mereka menghidap denggi, "katanya.

Tinjauan The Star menunjukkan bahawa rumah pangsa itu telah dipenuhi dengan sampah, air bertakung berhampiran tempat pembuangan sampah dan di bawah tangga.

Beberapa paip didapati pecah menyebabkan air keluar, mewujudkan takungan yang boleh menjadi tempat pembiakan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk yang boleh membawa maut.

Apabila ditanya apakah pandangan mereka tentang adanya peningkatan dalam kes denggi, penduduk Syabidin Mat Sirat, 49, berkata: "Biasalah."

Dia menyifatkan peningkatan kes yang melibatkan air bertakung wujud di seluruh rumah pangsa.

"Walaupun begitu, saya menjadikan tabiat untuk memastikan tiada satu pun daripada paip di rumah di tingkat ke-11 bocor."

Syabidin berkata dia terpaksa menyimpan bekalan air penuh dalam bekas khas kerana kawasan itu terdedah kepada gangguan bekalan air.

"Kami hanya perlu menggunakan  serbuk (anti-larva) untuk menghentikan pembiakan nyamuk," katanya.

Pengendali kedai runcit Nor Akmal Marjuki, 42, berkata pihak berkuasa tempatan menjalankan sekurang-kurangnya dua kali pengasapan seminggu di kawasan itu.

"Dalam tempoh dua bulan yang lalu, pegawai-pegawai datang membuat lawatan ke sini dan mengajar bagaimana untuk mencegah denggi," kata Nor Akmal.

Dia menegaskan bahawa penduduk mempunyai tiga sesi gotong-royong pada tahun ini, berkesan membersihkan seluruh kawasan itu.

"Sebagai penduduk, kita perlu memberi kerjasama yang semampu."

Tags / Kata Kunci: denggi , aedes

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan