"Anggota Kabinet Bersama PM" - KJ

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Kabinet tidak memberi sebarang tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan, walaupun ada dakwaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, jemaah menteri sependapat untuk memberi ruang isu itu disiasat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

"Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.

"Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.

"Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.

"Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen," kata Khairy selepas majlis penyerahan Program Felo Perdana ke tiga di Pejabat Perdana Menteri di sini, Rabu.

Khairy juga mengesahkan kabinet membincangkan mengenai menurunan nilai ringgi, bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Najib meninggalkan majlis itu sebaik selesai merasmikannya.

Tags / Kata Kunci: KJ , Kabinet , 1MDB , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan