1MDB Beri Kerjasama Penuh Kepada Pasukan Petugas Khas

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan terus memberi kerjasama penuh dengan Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan berhubung laporan media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa penyaluran sejumlah besar dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB mengesahkan beberapa pegawai dari Pasukan Petugas Khas menjalankan siasatan di pejabat syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu pada Rabu.

Ia dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka diberikan 'sejumlah' dokumen dan bahan untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"1MDB akan terus memberi kerjasama penuh kepada Pasukan Petugas Khas dan semua pihak berkuasa. Kami mengesahkan kedudukan seperti sebelum ini di mana sekiranya terdapat salah laku ditemui, tindakan akan diambil oleh pihak bekuasa mengikut peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

Pada Rabu, pihak polis menyerbu pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur dan serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi.

Satu pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Dilaporkan, Pasukan petugas telah merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang didakwa WSJ.

Pada Jumaat lalu, WSJ menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan