Yayasan Amal SukaGuam Ditubuh Dengan Dana RM1 Juta

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Yayasan Amal Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam), dengan dana permulaan RM1 juta ditubuhkan untuk membantu golongan miskin, penghafaz Al-Quran serta orang ramai yang memerlukan khidmat guaman sivil dan syariah.

Dalam satu kenyataan di sini, SukaGuam berkata, yayasan yang berteraskan aktiviti kemasyarakatan ini khusus untuk membantu beberapa kelompok sasaran terutama golongan miskin dan pihak tidak berkemampuan.

Yayasan itu akan turut membantu pelajar-pelajar tahfiz sebagai menghargai kegigihan mereka memelihara ilmu berteraskan wahyu.

"Selain itu, ia akan meningkatkan bantuan perundangan kepada orang ramai melalui khidmat guaman sivil dan syariah menerusi peguam panel yang dilantik.

Buat masa ini, dana permulaan sebanyak RM1 juta sudah disediakan," kata SukaGuam.

Sebagai permulaan, yayasan itu akan menumpukan perhatian kepada golongan sasaran di Kluang, Johor sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

"Beberapa pegawai penyelidik dan petugas operasi akan dilantik sekaligus bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan matlamat penubuhan Yayasan Amal SukaGuam ini akan dapat disempurnakan dengan sebaiknya," kata pertubuhan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Yayasan SukaGuam , Kluang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan