Wanita Dibaham Buaya Ketika Menangkap Ikan Di Saratok - Berita Semasa | mStar

Wanita Dibaham Buaya Ketika Menangkap Ikan Di Saratok

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 2:04 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang wanita maut selepas beliau dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ikan di Sungai Krian, Saratok petang Isnin.

Mangsa, Bera Aun, 46 dari Rumah Panjang Minggu dipercayai hilang kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Lee Thai Lien yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.04 petang dan memaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dan Jabatan Pertahanan Awam bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat beserta penduduk kampung di lokasi satu km dari tempat kejadian pada kira-kira 7 malam.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Saratok.

Serangan buaya sering dilaporkan berlaku di Sungai Krian dan anak sungainya yang terkenal sebagai tempat memancing udang. 

Pada Jun tahun lepas, seorang remaja lelaki Telecson Ancharang, 13terselamat daripada serangan reptilia itu sewaktu memancing udang bersama pakciknya Ngelambong Chundai di Sungai Supa, Senyawan, Krian.

Mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri dan kedua-dua belah kakinya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Wanita Dibaham buaya
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan