SKMM: Pemilik Laman Lucah Tempatan Tidak Akan Terlepas

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan, laman-laman lucah yang beroperasi di Malaysia dan pemilik-pemiliknya yang dapat dikenal pasti berada di negara ini tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menurut Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, sembilan individu telah berjaya dihadapkan ke mahkamah sejak 2010 dan dikenakan denda serta penjara kerana kesemua mereka didapati melanggar Seksyen 211 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, SKMM serius dalam menangani masalah kandungan pornografi dalam talian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur.

Buktinya, SKMM telah mengarahkan pentadbir laman sesawang sexpornimage untuk menurunkan sebanyak 392 pelokasi sumber seragam atau URL dalam kes penyebaran gambar kanak-kanak kepada beberapa selebriti terkenal, baru-baru ini.

Tambahnya, syarikat telekomunikasi juga memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk membantu kami menyiasat.

Walaupun proses pendakwaan mengambil masa yang agak panjang, ia bukan penghalang. "Saya juga ingin beri amaran kepada mereka yang sedang menjalankan aktiviti ini agar memberhentikan kegiatan mereka dengan segera atau tunggu sahaja pegawai penguatkuasa SKMM dan Polis datang ke rumah mereka," tegas Zulkarnain.

Bagi laman-laman lucah yang berpangkalan di luar negara pula, Zulkarnain menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh SKMM adalah mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menyekat.

"Sekatan bukanlah jalan yang paling berkesan kerana terdapat pelbagai cara untuk memintas tetapi buat masa ini ia masih dapat membendung limpahan kandungan lucah dan pornografi daripada terus ditonton atau dimuat turun di negara ini.

"Cara yang terbaik ialah mengawal diri sendiri daripada mencari bahan lucah di internet," katanya.


Tags / Kata Kunci: SKMM , lucah

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan