Jual Sampul Duit Raya Tingkat Kesedaran Tentang Cerebral Palsy

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 8:00 AM

Sampul duit raya yang ditawarkan MyCP untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak istimewa itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang nasib kanak-kanak yang mengalami kelumpuhan otak atau Cerebral Palsy (CP), Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP) tampil dengan jualan amal sampul duit raya menjelang Aidilfitri ini.

Pengasas bersama MyCP Norfazilawati Abdul Wahab berkata, jualan amal menawarkan sampul duit raya unik dengan reka bentuk menarik dilengkapi maklumat berkaitan CP untuk menarik minat orang ramai membeli sambil menyumbang kepada persatuan itu.

"Program jualan ini sudah bermula sejak tiga tahun lalu dan kami menghasilkan kira-kira 30,000 keping sampul duit raya setiap tahun yang dijual dengan harga RM3.50 sepaket mengandungi 10 keping," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata semua dana yang terkumpul daripada hasil jualan sampul duit raya ini akan dimasukkan ke dalam tabung MyCP yang digunakan untuk menjalankan aktiviti persatuan itu.

Norfazilawati, 34, yang turut mempunyai seorang anak CP, Muhammad Riyadh Irfan Mohd Radi Faissal, 7, berkata program jualan amal yang dimulakan beliau diinspirasikan daripada anaknya sendiri yang mengalami CP sejak berumur setahun.

"Anak saya terjatuh dari katil ketika berusia tujuh bulan dan mengalami kecederaan di kepala sebelum didiagnosis sebagai CP ketika meningkat ke usia setahun," katanya.

Orang ramai yang ingin membeli sampul duit raya khas ini boleh melawat laman Facebook MyCP dan membuat tempahan sambil menderma kepada persatuan, tambah Norfazilawati.

Cerebral Palsy adalah sejenis kecacatan yang dikesan pada bayi apabila pengendalian otot tidak atau kurang berfungsi, kaku atau lumpuh serta gangguan fungsi saraf lainnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MyCP , Norfazilawati Abdul Wahab

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan