Peneroka Felda Terima Dividen, Duit Raya RM88.8 Juta

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 9:07 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Ihya Ramadan Warga Felda yang di adakan di Felda Pasoh 4, Selasa. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Sebanyak 98,688 peneroka Felda menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata ia melibatkan pembayaran dividen FGV berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.

"Peneroka yang bersama Felda layak terima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya...yang tidak bersama Felda, tidak akan terima (dividen dan duit raya)," katanya ketika merasmikan program Ihya' Rahmat Ramadan warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Pasoh 4 di sini, Selasa.

Turut hadir bersama kira-kira 5,000 peneroka ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Peneroka yang tidak bersama Felda ialah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang kepada Felda, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman Felda.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Felda , dividen , Perdana Menteri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan