Kenyataan Hadi, Haron Tak Pertahan Najib - PAS

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 8:39 PM

Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr Haron Din berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak sama sekali mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, maksud kedua-dua pemimpin parti itu adalah dakwaan itu seolah-olah tidak logik.

"Kami tidak benarkan sebarang kesalahan berlaku. Terpulang kepada beliau untuk mentafsirkannya.

"Apa yang Dr Haron dan Hadi maksudkan adalah dakwaan itu bagaikan tidak logik tetapi perkara itu sesuatu yang serius dan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia perlu disiasat secara bebas dan adil," katanya.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata demikian ketika menghadiri perjumpaan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pembangkang di dataran Parlimen pada Selasa.

Pada Selasa, Hadi berkata, laporan The Wall Street Journal (WSJ) perlu disokong bukti kukuh, termasuk empat saksi seperti mana ditetapkan Islam untuk menyokong dakwaan penyaluran dana 1MDB ke akaun Najib.

Haron pula pada Sabtu berkata, beliau berharap dakwaan itu terbukti salah untuk kebaikan negara.

Sehubungan itu, Najib pada Ahad berterima kasih kepada Haron susulan kenyataannya itu.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, PAS juga sedia bekerjasama dengan DAP untuk mengetengahkan pelbagai dakwaan berhubung kesalahan pengurusan dana 1MDB.

Beliau berkata, isu membabitkan syarikat pelaburan kerajaan itu akan dihadapi bersama dengan mengetepikan pergolakan antara kedua parti itu untuk kebaikan umum.

"PAS hadir sama untuk solidariti terhadap isu ini, kita perlu bermaafan dan lupakan apa yang berlaku serta mengetepikan perbezaan kerana isu yang dihadapi ketika ini adalah serius dan ia membabitkan kepentingan awam serta negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Abdul Hadi Awang , 1MDB , Perdana Menteri , WSJ

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan