Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran memusnahkan dua rumah di Kampung Lot M dekat sini, Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata empat mangsa terdiri dari seorang ibu bersama anak lelaki dan dua cucunya.

Katanya mangsa dikenali sebagai Lidia Binti Ibiti 55, anak lelakinya Sudirman Bin Ladising, 38, dan dua cucunya, Mohd Syawal, 4, anak kepada Sudirman dan Yuyu, 2, anak kepada Dahlia Binti Ladising.

Dahlia, 33, bersama bayi perempuannya berusia dua bulan, adik kepada Yuyu terselamat dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu.

Kesemua mayat mangsa ditemui di dalam sebuah bilik dan kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama pada Selasa.

A.Sahak berkata 17 penghuni di sebuah lagi rumah sempat menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata sebuah jentera bersama 17 anggota diketuai Ketua Operasi Rosemidian Majid dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 malam.

Katanya setibanya bomba di tempat kejadian enam minit kemudian, api sudah merebak di dua rumah yang terletak berhampiran.

Katanya operasi memadam api tamat pasa pukul 3.10 pagi dan menemui empat mayat yang rentung terbakar dari salah sebuah rumah terlibat.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Kinabatangan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan