Gempa Bumi Lemah 2.6 Richter Landa Ranau Pagi Selasa - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Lemah 2.6 Richter Landa Ranau Pagi Selasa

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 9.26 pagi Selasa.  

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak di enam darjah utara dan 116.6 darjah timur, 12km barat laut dari Ranau.

"Gegaran dirasai di Ranau," kata kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia kini memantau perkembangan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.    

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dengan meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Ranau
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan