Anwar Masuk HKL Semula

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan semula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Selasa bagi menerima rawatan lanjut.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, bekas ketua pembangkang itu kini ditempatkan di wad berasingan untuk tempoh beberapa hari.

"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi," katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.

Pada 2 Jun lalu Anwar dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke HKL ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Anwar bagaimanapun dibenarkan keluar dari HKL selepas hasil pemeriksaan perubatan terhadapnya tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut.

Sebelum ini Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu kesihatan Anwar semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.

Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.

Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , HKL

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan