Utamakan Negara, Rakyat - Nazir Razak

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 9:26 AM

Nazir Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam tempoh politik yang sukar, kita harus meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan, kata adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak.

Tokoh bank terkemuka itu memuat naik gambar Tugu Negara di laman Instagramnya pada Ahad.

Dalam gambar tersebut, beliau turut menulis kapsyen yang berbunyi:"Mereka bertarung nyawa supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam tempoh politik yang sukar kita perlu ingin untuk meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan. Bukan kepentingan peribadi, bukan kesetiaan peribadi, malah bukan parti politik.

Tugu Negara dibina untuk memperingati para pejuang yang terkorban untuk membebaskan negara suatu ketika dahulu.

Kenyataan tersebut adalah entri terbaharu Pengerusi Kumpulan CIMB menerusi aplikasi perkongsian gambar itu.

Pada minggu lalu, beliau turut memuat naik imej papan tanda yang mengandungi perkataan "Truth. Next exit”.

Nazir yang juga adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering lantang mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Mei lalu, beliau membidas eksekutif tertinggi 1MDB kerana gagal untuk menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tags / Kata Kunci: Nazir Razak , 1MDB , Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan