Saya Tidak Akan Khianati Rakyat, Negara - Najib

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 10:06 PM

Najib tiba pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dan pelancaran program Al- Shahadah Al-Ulya Ulul Albab serta majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada

(Ubah saiz teks)

BESUT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.

Najib berkata, beliau berterima kasih terhadap sokongan diberikan oleh pemimpin Umno dan juga oleh pemimpin tertinggi PAS, Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang menjelaskan tuduhan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di sini, Isnin.

Beliau menyeru rakyat untuk bertenang serta bersatu dalam menangkis segala tuduhan terhadap kerajaan dan pemimpin negara walaupun mereka berbeza dari segi fahaman politik.

Menurutnya untuk membina sebuah tamadun yang maju, rakyat sesebuah negara itu tidak seharusnya berpecah-belah.

Pada Ahad, Najib berkata, beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, negara maju tidak akan memperlekeh negara ini jika rakyat mempunyai kekuatan iman dan takwa yang menjadi asas untuk membangunkan sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya.

Beliau berkata untuk melahirkan generasi ulul albab, negara bukan sahaja perlukan generasi yang ada kekuatan fizikal malah juga kemampuan minda.

"Kita bukan sahaja mesti ada kekuatan secara peribadi, kekuatan yang terbit daripada keimanan dan ketakwaan mesti ada untuk melahir dan membangun sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya, barulah kita boleh setanding dengan negara yang lebih maju daripada kita hari ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan