Kumpulan Keempat, 24 Jenazah Rohingya Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 9:43 AM

Pada Sabtu lalu, kumpulan ketiga 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi Isnin.

Pengebumian kesemua 24 jenazah lelaki dalam satu liang lahad itu, bermula pada 12.30 tengah malam dan selesai kira-kira 3 pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya berkata, pengebumian 24 jenazah itu menjadikan bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 99 daripada 106 jenazah keseluruhan.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah beberapa hari selepas itu dan kumpulan ketiga pada 4 Julai lepas.

Noh berkata, baki tujuh lagi jenazah terakhir akan dikebumikan selepas Aidilfitri, diikuti majlis tahlil.

Majlis pengebumian jenazah mangsa berkenaan diuruskan bersama oleh JAIK, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , pengebumian , Wang Kelian

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan