Pemantauan 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri Mulai Selasa

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 6:15 PM

Hasan Malek (kiri) menununjukkan harga jubah yang dijual murah selepas merasmikan Expo Mega Raya Putrajaya 2015 yang mengkhususkan kepada penjualan barangan keperluan hari raya di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada Isnin. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemantauan harga terhadap 21 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini akan bermula Selasa sehingga 23 Julai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, Skuad Pengguna dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan turut membantu melakukan pemantauan terhadap 21 barangan tersebut. 

"Kita juga meminta kerjasama daripada rakyat keseluruhannya untuk melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah di pasaran kepada kementerian," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Mega Raya Putrajaya 2015 di Dataran Putrajaya di sini hari ini, anjuran Kelab Usahaniaga Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Hasan berkata, jika terdapat peniaga yang menjual lebih daripada harga siling yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil.

"Kita tiada kompromi (dari segi tindakan), kerana bekalan dalam pasaran adalah mencukupi, maka tiada alasan untuk peniaga menaikkan harga.

"Pada hemat saya sekiranya terdapat kenaikan harga barangan, peniaga harus disalahkan kerana harga ditetapkan melalui perbincangan bersama pihak berkaitan seperti penetapan harga ayam adalah input daripada persatuan penternak dan pihak veterinar," kata Hasan.

Penganjuran Ekspo Mega Raya adalah yang pertama kali diadakan dengan penyertaan sebanyak 280 usahawan Bumiputera dengan jualan produk dan barangan raya.

Tags / Kata Kunci: Hasan Malek , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan