PAS Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Kerajaan P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 3:01 PM

Muhammad Fauzi Yusoff.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mengarahkan peguamnya untuk mengkaji sekiranya tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang dipecat.

"Reputasi mereka adalah menjadi keutamaan. Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menyebabkan orang ramai berfikir wakil yang dipecat itu bermasalah.  Ia menjejaskan reputasi mereka," kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff kepada The Star Online pada Isnin.

Menurut beliau, pemecatan wakil PAS dari pentadbiran negeri itu menjadi satu masalah dalam hubungan PAS dan DAP.

Pada Muktamar PAS yang awal bulan lalu, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Namun, memandangkan keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan, Muhammad Fauzi berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemecatan itu adalah salah.

"Adakah ini satu kepimpinan bermoral? Jika mereka boleh melakukan perkara ini kepada kami, apa yang rakyat boleh harapkan daripada pemimpin dengan moral seperti itu? Mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak diketahui di sebalik semua ini," katanya.

Muhammad Fauzi berkata sebarang tindakan yang diambil mestilan berdasarkan prosedur operasi standard.

"Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan keadilan tetapi persepsi. Sebagai kerajaan negeri, mereka harus mengikut prosedur yang betul," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri jelas bertindak melulu dalam isu pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

"Kami mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat wakil dari parti kita," katanya.

Dua ahli PAS iaitu Dahalan Fazil dan Mhd Nasir Yahya terlebih dahulu mengambil tindakan meletakkan jawatan mereka sebagai Ahli Majlis MBPP dan MPSP. 

Tindakan terhadap ahli PAS oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu rentetan keputusan Muktamar PAS pada bulan lalu yang memutuskan hubungan dengan DAP menyebabkan DAP berterusan mendesak ahli Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , pecat , Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan