Rafizi Dakwa 'Orang' Pemuda Umno Terlibat Skandal Hartanah Mara

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tentang urusniaga pembelian hartanah keempat di Australia yang ditandatangani oleh dua individu yang didakwa tidak mempunyai kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli berkata, dua individu yang terlibat dalam pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh syarikat milik penuh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited ialah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.

Menurut, persoalan kini timbul kerana kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak kepentingan dengan pimpinan Pemuda Umno iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Umno Dazma Shah Daud.

"Mengikut maklumat rakan penyiasat di Australia, pembelian hartanah ini daripada pemilik sebelumnya ditandatangani oleh Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid iaitu individu yang tak ada kena mengena dengan Mara.

Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pimpinan Umno, terutamanya Pemuda Umno," katanya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Isnin.

Menurut Rafizi, keempat-empat nama yang disebutkan perlu menjawab mengenai penglibatan mereka dalam urusniaga yang melibatkan ketirisan sebanyak RM63 juta ini.

Tambahnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga perlu tampil memberi penjelasan bagaimana individu-individu berkaitan Pemuda Umno telah terlibat dengan skandal berkenaan.

Katanya, seorang lagi individu iaitu Mazrul Haizad Maarof juga perlu tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi pembelian ini. Mazrul Haizad merupakan abang ipar kepada Dazma Shah.

Selain Erwan yang merupakan pengarah eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd, Mazrul Haizal Maarof yang juga abang ipar kepada Dazma Shah Daud, Exco Pemuda Umno memegang jawatan pengarah dan pemegang saham di syarikat tersebut.

"Erwan Azizi juga adalah pengarah bukan eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Khairul Azwan Harun," katanya.

Dalam pada itu, menerusi dokumen yang diedarkan kepada pihak media menunjukkan bahawa syarikat yang membeli hartanah ini, Thrushcross Land Holdings Limited hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas Mara membeli hartanah 746 Swanston Street.

Katanya, ini bermakna urusniaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik Mara.

Minggu lalu, dilaporkan bahawa hartanah 746 Swanston Street dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti rekod di Australia tetapi jumlah yang diluluskan oleh Mara adalah AUD$41.8 juta (RM138.6 juta), menyaksikan ketirisan sebanyak RM63 juta.

Tags / Kata Kunci: NOW , Pemuda Umno

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan