Malaysia Tidak Layan Tuntutan Pihak Luar Terhadap Sabah

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menegaskan untuk tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 Sept 1963.

"Susulan daripada kenyataan Presiden Filipina di media Filipina berkaitan tuntutan ke atas Sabah pada 15 Mei 2015, pihak kementerian telah memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur pada 19 Mei 2015.

"Ekoran daripada pertemuan tersebut, kementerian telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 25 Mei 2015 berkaitan perkara ini. Kementerian juga sekali lagi mengadakan perjumpaan bersama wakil daripada Kedutaan Besar Filipina di Malaysia pada 3 Jun lalu bagi menegaskan sekali lagi terhadap pendirian Malaysia ke atas isu ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Chin Su Phin.

Chin ingin mengetahui pendirian dan tindak balas kerajaan terhadap kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino yang menyatakan bahawa kerajaan Filipina tidak akan berputus asa ke atas pemilikan Sabah.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator S. Nallakarrupan tentang kemungkinan Filipina akan membangkitkan lagi isu tuntutan Sabah, Hamzah berkata Filipina pernah cuba menggugurkan tuntutan mereka terhadap Sabah dalam persidangan ASEAN pada 1977 di Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun ia sukar dijalankan...sebab itulah perkara ini (tuntutan) masih berlarutan sehingga adanya Perlembagaan pada 1977 bahawa mereka masih lagi menyatakan Sabah adalah di bawah Filipina," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sabah , KDN

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan