Khalid Jumpa Pengerusi Mara

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 11:53 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan bertemu dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada Isnin.

Khalid berkata beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Annuar Musa pada tengah hari Isnin tetapi tidak mengetahui alasan pertemuan tersebut.

"Saya menerima ramai pelawat setiap hari. Ia perkara biasa.

"Kita perlu tunggu dan lihat apa hasil mesyuarat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 300 topi keledar kepada anggota polis trafik di sini Isnin.

Difahamkan dua pegawai tertinggi Mara Inc direhatkan sepanjang tempoh siasatan berhubung kontroversi pembelian hartanah di luar negara.

Malah, Mara turut memberitahu bahawa syarikat tersebut mahu polis membuka semula kertas siasatan mengenai perjanjian pembelian itu sekiranya perlu.

Annuar dipetik sebagai berkata beliau akan bertemu polis dalam masa terdekat walaupun penemuan mendapati tidak ada unsur pecah amanah dalam kes melibatkan Mara Inc.

Beliau berkata keputusan untuk memberi lebih banyak maklumat kepada polis bertujuan memberi gambaran jelas mengenai apa yang diputuskan Majlis Mara dalam pertemuan pada Ahad.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Annuar Musa , Mara , Mara Inc

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan