Iklan Wombat Di Bukit Bintang Dipadam Sementara - Berita Semasa | mStar

Iklan Wombat Di Bukit Bintang Dipadam Sementara

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa memadamkan sementara iklan wombat daripada sebuah papan iklan elektronik di Bukit Bintang kerana haiwan tersebut didakwa sebagai khinzir.

Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib mengesahkan pemadaman iklan digital itu di Jalan Bukit Bintang.

Katanya, DBKL sedang cuba untuk berhubung dengan syarikat di sebalik iklan tersebut bagi mengesahkan fakta mengenai haiwan terbabit.

Ahmad Phesal bersetuju bahawa haiwan di dalam iklan tersebut adalah seekor wombat.

Wombat merupakan sejenis binatang berkantung mirip beruang yang boleh ditemui di Australia Tenggara dan Pulau Tasmania.

"Orang yang tidak bertanggungjawab mengandaikan ia sebagai khinzir dan menyebarkan khabar angin palsu di Internet sehingga menimbulkan salah faham di kalangan rakyat," katanya dalam satu temubual.

Paparan skrin menunjukkan wombat yang didakwa sebagai 'seekor khinzir memakai songkok dan baju Melayu disertai ucapan Selamat Hari Raya' menjadi viral di laman sosial, menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

Wombat digunakan sebagai maskot Servcorp, sebuah syarikat yang berpangkalan di Australia yang menawarkan perkhidmatan pejabat di rantau ini.

Kartun wombat biasanya digambarkan memakai topi dengan kot berwarna krim dan seluar coklat di dalam iklan, malah diberikan nama:Sidney.

Sidney diangkat Servcorp sebagai 'wombat paling bijak di dunia' dan juga mempunyai Facebook dan laman web sendiri.

Servcorp, yang menggunakan maskot sama dalam iklan digital dalam sebuah video promosi pada 2012 tidak dapat dihubungi pada Ahad.


Tags / Kata Kunci: iklan Wombat , DBKL
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan