Laporan Berbaur Fitnah Jejas Kredibiliti Negara Di Mata Dunia - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 8:31 AM

Khairy Jamaludin menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas pada Majlis Iftar Ramadan Pemuda Umno di Masjid As-Syakirin, Gemencheh pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TAMPIN: Laporan berbaur fitnah terhadap kepimpinan  negara sudah pasti akan menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia serta memudaratkan ekonomi negara, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata laporan yang membuat dakwaan tidak berasas terhadap pemimpin negara mesti mempunyai bukti dan kesahihan dan sekiranya tidak maka ia akan memberi kesan kepada politik tanah air.

Beliau melahirkan kebimbingan dengan penyebaran laporan berbaur fitnah terhadap kepimpinan negara dengan rakyat khususnya golongan muda tidak melakukan usaha untuk menyemak kesahihan sesuatu berita tersebut.

"Golongan orang muda tidak membuat usul periksa tentang sesuatu laporan berbaur fitnah dan hanya mengajukan sahaja apa yang mereka terima dalam media sosial kepada pihak ketiga tanpa memikirkan sama ada berita yang mereka dapat itu betul atau tidak.

"Kalau tidak menilai sesuatu berita itu secara rasional, kita tidak boleh menjadi sebuah masyarakat yang matang," katanya kepada pemberita pada majlis Ihya Ramadan Pemuda Umno 2015 di Masjid As Syakirin, Gemencheh dekat sini, malam Ahad.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata sekiranya berlaku perbuatan memfitnah pemimpin negara, pelabur asing akan rasa kurang yakin dengan Malaysia akibat berita-berita yang tidak tahu kesahihannya.

"Jadi, saya rasa kita mesti bertindak cepat di mana kalau sekiranya tuduhan itu dibuat, kita minta supaya dikemukakan bukti.

"Kalau tidak, kita tidak ada pilihan lain, kita terpaksa saman terhadap pihak-pihak yang berkenaan supaya masyarakat umum tahu kita tidak akan toleransi sebarang usaha untuk memfitnah kerajaan, kepimpinan kerajaan dan juga kepimpinan negara kita," katanya.

Pada majlis itu, Khairy menyampaikan sumbangan kepada 150 orang anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , fitnah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan