Enam Rumah Rosak Dilanda Angin Kencang

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 7:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebanyak enam buah rumah rosak teruk di Kampung Biau, Bongawan, Papar akibat bumbung diterbangkan angin khususnya di kawasan pantai barat Sabah sejak Jumaat.

Sehubungn itu Anggota Dewan Undangan Negeri Bongawan, Mohamad Alamin meminta jabatan dan agensi berkaitan supaya turun padang bagi mengenal pasti kerugian dan memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

"Di peringkat DUN, kita sentiasa mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau keadaan dan akan cuba menyampaikan bantuan yang di perlukan," katanya.

Mangsa kini menumpang di rumah saudara mara mereka.

Sementara itu Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima 23 panggilan mengenai pokok tumbang di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kota Belud dan telah mengarahkan anggota untuk membersihkannya.

Angin kencang dan ribut yang melanda Sabah dilapor sebagai tempias daripada ribut tropika LINFA yang membadai kawasan Luzon, Filipina dan bergerak ke arah barat laut sehingga menghampiri perairan Sabah termasuk Labuan.

Tags / Kata Kunci: ribut , Papar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan