23 Keluarga Mangsa Banjir Tanah Merah Sambut Aidilfitri Di Rumah Baharu

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 8:00 AM

Mangsa banjir yang menetap dikhemah bakal menyambut Aidilfitri di kediaman baharu pertengahan bulan ini. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Sebanyak 18 keluarga mangsa banjir di Tanah Merah telah menerima Rumah Kekal Baharu (RKB) manakala lima keluarga lagi akan menerima rumah masing-masing sebelum Hari Raya Aidilfitri, pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lima buah rumah itu kini dalam proses pembinaan dan dalam tempoh dua minggu ini dijangka siap sepenuhnya.

"Sebanyak tujuh buah rumah lagi akan disiapkan sepenuhnya September depan,"  katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci RKB kepada enam keluarga di Kampung Panjang, Gual Ipoh di sini, Sabtu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata 30 RKB itu dibina melalui Jabatan Kerja Raya manakala 27 RKB lagi dibina melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata keseluruhannya, sebanyak 57 keluarga mangsa banjir di jajahan Tanah Merah yang rumah mereka musnah akibat banjir pada Disember tahun lepas, akan memperoleh rumah tersebut yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, seorang penerima Che Fatimah Che Lah, 29, berkata Aidilfitri ini begitu bermakna bagi keluarganya kerana dapat beraya di rumah baharu.

"Saya bersyukur sangat dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sediakan rumah yang selesa untuk kami sekeluarga," katanya yang tinggal lima sekeluarga.

Rumah berkenaan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: banjir , Tanah Merah , Mustapa Mohamed

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan