Saya Tidak Akan Khianati Rakyat - Najib

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa media antarabangsa menyeleweng hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) berjanji tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia atau merampas harta mereka.

Perdana Menteri berkata, walaupun menjadi mangsa media sosial, beliau tidak akan membenarkan situasi itu menggugat atau menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

"Saya tidak akan khianati rakyat, itu janji saya.

"Saya menjadi mangsa serangan mereka bertubi-tubi kebelakangan ini kononnya saya songlap duit yang besar dalam akaun peribadi.

"Sebab itu pada sidang media tadi saya kata akan rujuk dengan peguam untuk menentukan tindakan susulan, tindakan undang-undang sama ada di dalam atau luar negara.

"Kita tak boleh benarkan pihak luar menggugat atau menjatuhkan Umno dan kepimpinan Barisan Nasional. Sebab kita dipilih oleh rakyat dan sistem demokrasi," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching di sini, Ahad.

Pada Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib pada masa sama turut menafikan pemindahan sebarang dana yang dikaitkan dengan beliau.

Sehubungan itu Najib berkata, sekiranya terdapat sebarang isu yang disensasikan banyak pihak, ia sekadar mainan dari segi persepsi.

Ini kerana katanya, hari ini pihak tertentu menggunakan media sosial bukan untuk mencari kebenaran tetapi hendak membawa berita terkini tidak kira sama ada ia tepat, palsu, separuh tepat atau separuh palsu. 

"Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin," katanya sambil menambah tindakan ini bagaimanapun tidak membina akal rakyat supaya lebih matang dengan pengisian fakta yang benar.

Mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Najib yang juga Menteri Kewangan, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings berpendapat isu itu tidak menjejaskan pengurusan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan badan penarafan antarabangsa itu ke Malaysia baru-baru ini dan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta meninjau isu-isu semasa seperti 1MDB.

"Ia (Fitch) turun tengok TRX (Tun Razak Exchange), Bandar Malaysia, isu yang digembar-gemburkan. Tetapi ia tidak menjejaskan penilaian mereka. Mereka tetap katakan isu tersebut  (1MDB) tidak mendatangkan risiko kewangan Malaysia.

"Mereka yakin dengan pelan pemulihan yang dibentangkan 1MDB. Sebab itulah ia memberi markah lebih baik kepada Malaysia yakni dari negatif kepada stabil," katanya.

Pada Rabu lalu, Fitch Ratings dalam satu kenyataan berkata, semakan unjuran dari negatif kepada stabil itu dibuat antara lain berikutan kedudukan fiskal negara yang semakin baik, pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan; defisit yang dijangka terus menurun serta nisbah kecairan luar masih melebihi garis penengah dan dijangka meningkat dalam tempoh kajian.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , 1MDB , WSJ , Wall Street Journal

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan