Najib Fail Saman Terhadap WSJ Selasa Ini

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 4:41 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion.

Sumber yang rapat dengan Perdana Menteri itu memberitahu The Star bahawa beliau akan membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis di Semenyih pada Ahad.

"Beliau akan memfailkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur," kata sumber itu.

Najib dijadualkan mengadakan sidang media di Semenyih pada pukul 6.15 petang di Masjid Bandar Rincing.

Pada Jumaat lalu, akhbar bisnes antarabangsa menyiarkan satu artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.63 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib pada masa sama turut menafikan pemindahan sebarang dana yang dikaitkan dengan beliau.

Malah, beliau mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab terhadap 'penipuan' terbaharu itu.

Pada Sabtu, Setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa laporan itu adalah fitnah jenayah.

"Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan," kata Muhammad Khairun.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengesahkan menerima dokumen berkaitan kes tersebut.

Beliau berkata, menyerbu tiga syarikat yang didakwa menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Peguam Negara berkata pasukan tindakan khas menyerbu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, tiga syarikat yang didakwa menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri.
Tags / Kata Kunci: WSJ , 1MDB , Najib Tun Razak , saman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan