Dakwaan Terhadap PM Bersifat 'Kewartawanan Melulu' - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 1:50 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis tidak teragak-agak untuk menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap sesiapa sahaja yang menjejaskan proses demokrasi dan ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ahmad Zahid menyifatkan dakwaan dan sindiran terhadap Perdana Menteri sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab dan melulu serta menghampiri jenayah.

"Memandangkan siasatan sedang dijalankan, semua pihak di dalam dan luar negara diingatkan tidak membuat sebarang komen berhubung isu yang boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Pelbagai laporan media didapati memetik dokumen yang tidak disahkan. Adakah ia sahih? Malah adakah ia wujud? Siapa penyiasat yang tidak dinamakan yang kononnya mengesan pemindahan wang itu?," soalnya.

Beliau mengulas laporan dalam Wall Street Journal (WSJ) pada Jumaat yang mendakwa bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1Development Malaysia Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Pada Sabtu, Dr Ahmad Zahid menggesa Perdana Menteri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ untuk membersihkan nama beliau.

"Beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat cubaan untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia serta kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Ini boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , WSJ , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan