Zuhrah Dan Musytari Rapat Kerana Penjajaran Planet

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 12:14 PM

Zuhrah (kiri) dan Musytari (kanan) dilihat berdekatan di langit. Gambar dirakam di pada 1 Julai 2015 di Tacoma, Washington. -foto AP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Renunglah ke arah Barat pada bulan ini dan anda akan melihat pasangan 'bintang' sedang bersinar di langit.

'Bintang' yang dimaksudkan adalah planet Zuhrah dan Musytari yang tidak dapat dilihat dengan jelas pada hari-hari biasa.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mohd Zamri Shah Mastor berkata terdapat spekulasi menyatakan sesuatu yang buruk akan berlaku kerana kedua-dua planet dilihat berada dalam jarak yang sangat dekat antara satu sama lain pada 1 Julai.

"Orang ramai berbincang mengenainya di Internet, dengan ada yang berkata bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Tetapi tiada perkara buruk akan berlaku, dua planet itu tidak akan berlanggar antara satu sama lain," kata Mohd Zamri kepada The Star Online.

Beliau berkata walaupun kedua-dua planet hanya boleh dilihat berada berdekatan pada masa-masa tertentu dalam satu tahun, fenomena itu adalah semula jadi.

"Ia adalah disebabkan oleh penjajaran planet...ketika planet-planet sebenarnya berjauhan, ia hampir sejajar pada masa ini, jadi ia boleh dilihat sangat dekat antara satu sama lain - seolah-olah mereka akan berlanggar," katanya.

Beliau menambah, kedua-dua planet akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain sehingga awal Ogos tahun ini.

"Kita boleh melihatnya dengan jelas di ufuk Barat dalam tempoh ini, selagi ia cukup gelap," kata beliau sambil menambah planet akan lebih mudah dilihat dalam cuaca baik dan jauh dari pencemaran cahaya bandar.

Beliau berkata, masa terbaik untuk melihat kedua-dua planet adalah selepas matahari terbenam sehingga 10 malam.

Katanya Zuhrah dan Musytari akan berada sangat dekat sekali lagi pada 25 Oktober.

Katanya, fenomena ini masih menjadi salah satu fenomena yang menarik.

"Jika anda mempunyai masa malam ini, keluar selepas matahari terbenam, kira-kira pukul 8 malam, lihat ke arah ufuk Barat.

"Anda akan melihat satu 'bintang' yang sangat terang disertai dengan satu lagi 'bintang' yang sedikit malap. Kedua-dua 'bintang' itu ialah planet Zuhrah dan Musytari," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zuhrah , Musytari , penjajaran planet

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan