Rakyat Perlu Tolak Fitnah Terhadap PM, 1MDB - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 5:01 PM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Rakyat negara ini perlu menolak tuduhan tidak berasas kononnya 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyediakan dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia jelas fitnah kerana tiada bukti kukuh, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setiap tuduhan mesti mempunyai bukti dan jika tanpa bukti sudah tentu ia adalah fitnah.

"Dalam konteks ini saya berharap rakyat Malaysia tidak mempercayai dan menganggap ia sebagai satu fitnah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pelan pemasaran buah-buahan bermusim2015di Pusat Operasi Fama Jerantut di sini, Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion telah dideposit ke dalam akaun yang dipercayai akaun peribadi Najib.

Beliau berkata penangkapan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo baru-baru ini membuktikantohmahan yang dibuat selama ini adalah tidak berasas.

Polis Thailand sebelum ini dilaporkan menahan warga Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan 1MDB.

1MDB, dalam satu kenyataan berkata ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: 1MDB , Ismail Sabri , Perdana Menteri

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan