SPAD Umum Kadar Khas 10 Peratus Bagi Bas Ekspres Sempena Hari Raya

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 1:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jumaat meluluskan kadar khas sebanyak 10 peratus, lebih daripada kadar biasa, bagi perjalanan bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini. 

SPAD dalam kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain memenuhi permintaan perkhidmatan yang meningkat berikutan bas-bas tambahan perlu dibekalkan pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba. 

"Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan," menurut kenyataan itu.

SPAD turut mengumumkan kesemua bas ekspres tambahan pada musim perayaan ini yang bertolak dan tiba di Kuala Lumpur akan menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). 

Suruhanjaya itu turut menasihati pengguna supaya membeli tiket bas di kaunter tiket yang sah sahaja, bagi mengelak penipuan dan kegiatan ulat tiket selain menyimpan keratan tiket perjalanan sebagai bukti. 

"Tiket yang sah adalah yang dicetak komputer, serta mempunyai nama syarikat dan nombor bas yang akan dinaiki penumpang. Pengguna diminta untuk memeriksa maklumat yang tertera pada tiket dan mengesahkannya semasa di kaunter pembelian. 

"Bagi penumpang yang akan menaiki bas tambahan pula, mereka boleh memeriksa nombor pendaftaran bas berkenaan sepertimana yang telah didaftarkan dengan SPAD melalui lampiran yang dipamerkan di kaunter penjualan tiket," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa pihaknya akan terus meningkatkan lagi pemantauan dan operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini bagi \memastikan jumlah bas mencukupi dan penumpang dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa. 

Pengguna perkhidmatan bas ekspres juga boleh membuat aduan ke talian SPAD 1-800-88SPAD (7723) sekiranya terdapat sebarang perkara yang menjejaskan perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan perjalanan mereka pada musim perayaan ini.

Tags / Kata Kunci: SPAD. bas ekspres

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan