Selangor Tetap Dikenali Sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat - Naib Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 9:59 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan negeri Selangor tetap dikenali sebagai kerajaan Pakatan Rakyat walaupun pentadbiran DAP di Pulau Pinang tidak lagi mahu menggunakan nama itu.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan itu adalah berikutan kerjasama antara parti berkenaan dengan DAP serta PAS di Selangor masih berjalan seperti biasa.

Beliau turut menafikan berlakunya perpecahan antara ketiga-tiga parti itu, khususnya di negeri Selangor seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.

"Negeri Selangor akan terus dikenali sebagai kerajaan pakatan rakyat kerana secara inti patinya, kita (PAS, DAP dan PKR) masih lagi bersama malah di Selangor, kita masih bekerjasama.

"Maka ingin saya katakan bahawa tidak timbul isu kerajaan Selangor 'goyang' kerana kita masih lagi bergerak sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, Sabtu.

Pada Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri itu tidak lagi akan dilabel sebagai kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: PKR , Selangor , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan