"Saya Fikir Saya Telah Berpakaian Sopan"

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Isu etika berpakaian terus menjadi perhatian dengan seoranglagi wanita dihalang masuk, kali ini di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh di sini.

Logistician Eunice Chai, 32, yang memakai blaus tanpa lengan berkolar dan seluar jeans, telah ditahan oleh pengawal keselamatan, Jumaat, ketika dia pergi ke situ untuk memohon lesen perniagaan.

Salah seorang pengawal memberi komen tentang bajunya yang tidak berlengan.

"Dia memberitahu saya bahawa dia tidak boleh membenarkan saya masuk kerana saya tidak mematuhi kod etika," kata Chai.

Katanya, dia bernasib baik kerana rakannya meminjamkan jaket yang ada dalam keretanya.

"Saya fikir apa yang saya pakai adalah sopan kerana semua bahagian kaki telah ditutup, jadi saya tidak menjangka dilayan seperti ini di sini.

"Berdasarkan kod etika berpakaian mereka yang ditampal di pintu, pakaian yang sesuai bagi yang bukan Islam adalah dress labuh berlengan panjang atau sehingga aras siku.

"Cuaca benar-benar panas sekarang, saya tidak fikir ramai di antara kita mahu keluar berpakaian seperti itu," katanya.

Chai berkata dia pernah pergi ke lokasi sama beberapa tahun lalu dengan hanya memakai T-shirt dan seluar pendek, namun tidak mempunyai masalah memasuki premis itu.

Kod pakaian untuk lelaki dan wanita telah ditampal di pintu masuk bangunan Majlis.

Menjawab kejadian itu, setiausaha Majlis Mohd Zakuan Zakaria berkata beliau akan membawa isu kod pakaian majlis  dalam mesyuarat majlis yang akan datang untuk kemungkinan semakan.

"Isu itu seolah-olah membawa imej negatif kepada Majlis. Tetapi pengawal hanya menjalankan tugasnya.

"Kami akan berbincang dengan Datuk Bandar yang baharu dan ahli majlis lain sama ada ia memerlukan kajian semula," katanya.

Bulan lalu, orang ramai telah membangkitkan beberapa kejadian mengenai kod pakaian di pelbagai tempat - Jabatan Pengangkutan Jalan Wangsa Maju di Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Kompleks Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada Khamis, seorang wartawan dari The Star telah dihalang daripada memasuki ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur kerana memakai skirt pendek. Dia terpaksa memakai skirt panjang untuk masuk.
Tags / Kata Kunci: etika berpakaian , blaus tanpa lengan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan