Puteri Umno Buat Laporan Polis Terhadap Sarawak Report - Berita Semasa | mStar

Puteri Umno Buat Laporan Polis Terhadap Sarawak Report

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Pergerakan Puteri Umno membuat laporan polis terhadap Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu dibuat Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Balai Polis Masjid Tanah di sini, Sabtu.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mas Ermieyati mendakwa artikel Sarawak Report itu jelas merupakan fitnah kerana tidak disokong dengan bukti yang jelas dan kukuh dan berniat untuk memburukkan prestasi Najib dan kepimpinannya.

"Puteri (Umno) meminta satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap pihak yang terlibat dan bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak mengambil tindakan pantas bagi mengekang perbuatan fitnah itu yang dikhuatiri akan memperdaya dan mempengaruhi orang ramai yang seterusnya boleh mencetus kekeliruan dalam kalangan rakyat.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Sarawak Report , Mas Ermieyati , polis
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan